KATA GANTI NAMA DIRI
1. Maksud
Kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang.
2. Jenis:
Terbahagi kepada 3 jenis:
a. Kata Ganti Nama Diri Pertama (penutur).
b. Kata Ganti Nama Diri Kedua (pendengar)
c. Kata Ganti Nama Diri Ketiga (pihak / orang yang diceritakan halnya)
3. Bilangan penutur / pendengar:
a. Tunggal (seorang)
b. Jamak (lebih daripada seorang)
4. Golongan pengguna:
a. Masyarakat Moden
b. Masyarakat Melayu Lama (klasik)
c. Masyarakat Istana / Bangsawan
5. Contoh Kata Ganti Nama Diri
a. Kata Ganti Nama Diri Pertama – menggantikan nama diri orang yang bertutur.
Kata Ganti Diri Pertama Penggunaannya aku (tunggal) Digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan (keakraban) saya (tunggal) Digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau dalam suasana rasmi. hamba (tunggal) Digunakan untuk membahasakan diri sendiri pada zaman dahulu. patik (tunggal) Digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan. beta (tunggal) Digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat. kami (tunggal) Digunakan pada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua. kita (tunggal) Digunakan pada diri sendiri dengan menyertakan diri orang kedua.
b. Kata Ganti Nama Diri Kedua – menggantikan nama diri orang yang diajak bertutur.
Kata Ganti Diri Kedua Penggunaannya anda (tunggal dan jamak)) Digunakan untuk diri orang kedua apabila berhadapan dengan kita. awak (tunggal) Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita. engkau (tunggal) Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga (Engkau) Tuan hamba (tunggal) Digunakan untuk diri orang kedua pada zaman dahulu (jika kata ganti diri pertama digunakan ‘hamba’ mesti diikuti ‘tuan hamba’ sebagai kata ganti diri kedua) tuanku (tunggal) Digunakan apabila bercakap dengan raja atau sultan. kalian (tunggal) Digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap. kamu (tunggal dan jamak)) Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
c. Kata Ganti Nama Diri Ketiga – menggantikan nama diri orang yang diceritakan halnya (orang yang
diceritakan halnya tidak hadir)
Kata Ganti Diri Ketiga Penggunaannya baginda (tunggal) Digunakan untuk putera-puteri raja, raja atau sultan. beliau (tunggal) Digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru dan pemimpin. Dia dan ia (tunggal) Digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan. mereka (tunggal) Digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang.
6. Bentuk kesilapan:
SALAH BETUL “Kami tidak harus mengalah sebelum perlawanan bermula,” kata Murthi kepada Azrul. “Kita tidak harus mengalah sebelum perlawanan bermula,” kata Muthi kepada Azrul. Kereta itu sungguh mahal kerana ianya diimport dari Jepun. Kereta itu sungguh mahal kerana diimport dari Jepun. Beliau diberkas kerana terlibat dalam kes penipuan. Dia diberkas kerana terlibat dalam kes penipuan. “Hamba mohon maaf atas kesalahan hamba,” kata Paduka Ali kepada Sultan Mansor Syah. “Patik mohon maaf atas kesalahan patik,” kata Paduka Ali kepada Sultan Mansor Syah. Kakitangan syarikat ini sedia menolong engkau. Kakitangan syarikat ini sedia menolong anda. Saya ingin berjumpa dengan ia. Saya ingin berjumpa dengannya. Mereka-mereka sedang bermain bola di padang. Mereka sedang bermain bola di padang.
7. Ringkasan:
Kata Ganti Nama Diri Tunggal Bilangan Banyak / Jamak Diri Pertama (penutur) aku
saya
patik
hamba kami
kita Diri Kedua (pendengar) awak
kamu
engkau
encik
cik
saudara
saudari
tuan
puan
anda
tuanku
tuan hamba awak semua
kamu semua
saudara sekalian
saudari sekalian
encik-encik
cik-cik
tuan-tuan
puan-puan
anda semua
kalian Diri Ketiga (orang yang diceritakan halnya) Dia
Ia
Beliau
Baginda mereka
JOM BELAJAR
Selasa, 22 Mei 2012
SINOPSIS GEMA SEPI GADIS GENIUS
Sinopsis
Fikiran Basirah kian kusut.Dia berdepan dengan masalah ''busut'' dalam sistem komputer di Makmal Perdana,tempat dia sedang menjalani latihan praktikalnya.Dalam kekusutan fikirannya itu,Basirah terkenang akan kakaknya,Hanani.Basirah mengalami masalah egoisme sebagai seorang kanak-kanak genius.Basirah berasa tidak senang apabila Hanani mengeluh apabila melihat dirinya pergi bekerja pada hari minggu.Basirah menganggap Hanani tidak memahami dirinya.Basirah tidak pasti sama ada sikapnya itu memperlihatkan keangkuhannya.Namun pada waktu yang sama,dia teringin menjadi seperti Hanani yang banyak mempunyai kawan dan bergembira dengan pelbagai rutin harian.
Namu demikian,Basirah tidak boleh berbuat seperti Hanani kerana gadis genius mesti sentiasa kelihatan serius seperti orang dewasa.Tambahan pula dia sering menjadi perhatian.Bagaimanapun,kadangkala Basirah teringin juga mengisi masa terluang dengan mencari maklumat tentang cara-cara untuk menjalinkan persahabatan.Namun,usahanya itu tidak sampai ke mana kerana dia sentiasa sibuk belajar dan bekerja serta memerah otak.Basirah tiba-tiba terkenang akan hari pertama dia menjalani latihan praktikalnya semasa berusia 13 tahun.Namun sepantas itu juga perhatiannya kembali kepada masalah ''busut'' yang dilonggokkan oleh pengurusnya tadi.Memang terdapat paparan data yang mencurigakan dan terlalu rumit untuk ditafsirkan.Namun,Basirah optimis.Dia tidak mudah mengaku kalah.Dia berusaha untuk mengesan penceroboh sistem komputer itu.
Tiba-tiba Basirah teringat lagi akan ''busut'' yang lain itu.''Busut'' yang bermula daripada sebesar butir padi,kemudian melanda saluran-saluran darah di payudara ibunya.Akhirnya ibunya tewas dan kembali kerahmatullah.Lamunan Basirah terhenti apabila beberapa orang remaja linkungan 12-15 tahun hadir di makmalnya.Salah seorang daripada remaja itu ialah kakaknya,Hanani yang datang untuk meraikan hari jadi Basirah yang ke-14.Mereka turut membawa sebiji kek.
Semua remaja yang hadir menghulurkan bantuan kepada Basirah.Ada antara mereka yang mempunyai saudara,kawan,atau peminat ''surat elektronik'' di luar negara.Basirah terharu.Alat osiloskop dipasang.Panggilan kepada ''kawan elektronik'' dibuat dan balasan e-mel dari luar negara di seluruh dunia diterima.Basirah turut kagum akan cadangan Hanani.Basirah sedar bahawa tidak semua orang pakar dalam semua subjek.Akhirnya,maklumat tentang penangkapan si penceroboh itu mulai tersebar dalam internet.
Tema
Sikap individualisme boleh menimbulkan permasalahan dalam kehidupan.Basirah menghadapi masalah dalam hidupnya kerana tidak banyak mempunyai kawan lantaran dia merupakan gadis genius.
Persoalan
a) Masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak genius.
Basirah merupakan seorang kanak-kanak genius.Hal ini menjadikan kematangan inteleknya mendahului
umur biologinya.Sebagai akibatnya,dia tidak selesa bergaul dengan kawan-kawan sebaya dengannya.
b) Sukar untuk bergaul dengan orang lain.
Basirah menghadapi masalah untuk bergaul dengan orang yang lebih berusia daripadanya kerana
pemikirannya masih lagi di tahap remaja.
c) Sikap gemar memandang rendah terhadap kebolehan orang lain.
Kedua-dua orang timbalan pengurus di makmal komputer itu memandang rendah akan kebolehan
Basirah walaupun Basirah merupakan gadis genius.
d) Sikap keakuan dalam menjalani kehidupan.
Kepintaran Basirah yang luar biasa disertai sikapnya yang ego telah menyebabkan dia hidup terasing
dan kesunyian kerana tidak mempunyai kawan.
e) Menghargai kebolehan orang lain.
Basirah akhirnya menghargai kebolehan kakaknya,Hanani semasa membantunya untuk menyelesaikan
masalah sistem komputer di makmal itu yang diceroboh.
Watak
a)Watak utama dalam cerpen ini ialah Basirah.
b)Watak sampingan terdiri daripada Hanani,timbalan pengurus dan pensyarah Basirah.
Perwatakan
Basirah
a)Basirah gadis genius yang berusia 14 tahun.
b)Basirah siswi tahun akhir dalam jurusan Sains Komputer di sebuah institusi pengajian tinggi di Semenanjung.
c)Basirah menjalani latihan amali di Makmal Perdana.
d)Basirah dilantik sebagai timbalan pengurus di makmal komputer itu.
e)Basirah optimis dan gigih semasa melaksanakan sesuatu kerja.
f)Basirah tidak banyak mempunyai rakan sebaya.
g)Basirah suka hidup menyendiri.
h)Basirah bijak menangani tekanan.
i)Basirah dapat menerima pandangan orang lain.
Hanani
a)Hanani kakak kepada Basirah.
b)Hanani berusia 16 tahun.
c)Hanani seorang kanak-kanak biasa daripada segi kecerdasan otak.
d)Hanani mengambil berat tentang adiknya,Basirah.
e)Hanani periang
f)Hanani banyak mempunyai rakan sebaya.
g)Hanani lincah dan kreatif.
Timbalan Pengurus(2 orang)
a)Berusia dalam lingkungan 40-an.
b)Mencemburui kehadiran gadis genius,Basirah di Makmal Perdana.
Plot
Permulaan

Basirah merenung berbelas-belas komputer di Makmal Perdana. Namun tiadapun daripadanya berjudul program ‘antibusut’. Dalam keadan fikirannya yang sedang kusut, Basirah terkenang akan kakaknya, Hanani semasa mereka masih kecil lagi, semasa Hanani di tadika sehinggalah Basirah melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Komputer. Banyak perbezaan antara mereka berdua. Selain itu, Basirah juga teringat akan ayahnya yang sentiasa sibuk.
Perkembangan
Basirah menjalani praktikal dengan menduduki jawatan timbalan pengurus makmal sistem komputer Makmal Perdana. Seperti kebiasaan, Basirah tercabar dengan masalah ‘busut’ yang dilonggokkan oleh pengurus makmalnya. Basirah bersemuka dengan teman-temannya, para timbalan pengurus. Basirah membentangkan masalah busut. Namun, dia dikritik. Ada ketikanya Basirah berasa sebak tetapi dia tidak akan menganggap kritikan sebagai jemputan untuk betinju, sebaliknya sebagai satu alternatif. Oleh itu, dia telah membuka buku log untuk merekod penceroboh.
Klimaks
Basirah terkejut apabila penceroboh menyelongkar segala-galanya yang berkaitan dengan ketenteraan. Oleh itu, Basirah telah membawa masalah tersebut kepada teman sejawatnya. Basirah menganggap penceroboh tersalah sasaran. Sasaran penceroboh untuk menembusi saluran internet di Makmal Perdana Kebangsaan Labuan atau MPKL. Di sini berlaku perbezaan pendapat antara Basirah dengan rakannya. Akhirnya Basirah membuat ujikaji dengan menggunakan alat osiloskop bagi menentukan jarak antara makmal dengan penceroboh. Dengan bantuan pensyarahnya, kakaknya, iaitu Hanani dan rakan-rakan Hanani, mereka berjaya mengesan penceroboh tersebut.
Peleraian
Basirah telah menerima ucapan tahniah atas kejayaan menyekat penceroboh. Akhirnya, Basirah menyaksikan impian untuk masa depan yang tidak pernah diimpikan selama ini menjadi kenyataan yang indah.
Latar
Masa
Ø Siang – Basirah menjalani latihan amali di makmal sistem komputer di Makmal
Perdana
Ø Malam – Hanani berbual-bual dengan Basirah di rumah
Ø Hari minggu – Basirah terpaksa menyelesaikan kerjanya yang banyak di
makmal sistem komputer, Makmal Perdana
Tempat
Ø Makmal sistem komputer di Makmal Perdana – tempat Basirah menjalani latihan
amali tahun akhir jurusan Sains Komputer
Ø Pusat bandar Kota Kinabalu – tempat letaknya Makmal Perdana
Ø Sekolah kanak-kanak pintar – tempat Basirah belajar semasa zaman kanak-
kanak
Ø Institusi pengajian tinggi di Semenanjung – tempat Basirah belajar sebagai siswi
jurusan Sains Komputer
jurusan Sains Komputer
Masyarakat
Ø Masyarakat yang celik komputer – Basirah, pekerja di makmal sistem komputer, Makmal Perdana, dan rakan-rakan Hanani mahir menggunakan komputer
Ø Masyarakat terpelajar – Basirah merupakan sisiwi tahun akhir jurusan Sains Komputer di sebuah institusi pengajian tinggi
Ø Masyarakat remaja yang gemar akan aktiviti rekreasi – Hanani dan rakan-rakannya mengikuti aktiviti rekreasi seperti berdiskusi sastera di pantai, berkayak, dan mendaki gunung
Gaya Bahasa
1. Metafora
Contoh: Meniti buih di jeram , mata fikir
2. Diksi
Bahasa Inggeris - hyperintelligent , the exterminator
Bahasa IT - Sotware , user , hacker
Istilah Sains - Osiloskop
3. Hiperbola
Contoh: Menggunung secara halimunan juga
4. Sinkope
Contoh: Dah (Sudah), Kak (Kakak)
5. Simplok
Contoh: Dipuji macam bidadari
Contoh: Draikan macam puteri
6. Perlambangan
Contoh: Busut
Nilai
1. Nilai kasih sayang
Kakaknya menatang sebuah kek yang comel ke dalam makmal sempena hari jadi
Basirah yang ke-14.
2. Nilai berusaha
Basirah telah berusaha menyekat penceroboh komputer sehingga telah berjaya.
3. Nilai bertanggungjawab
Basirah bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan kepadanya.
Pengajaran
1. Kita hendaklah mempunyai perasaan kasih sayang antara adik beradik walaupun mempunyai tahap kepintaran yang tidak sama.
2. Kita hendaklah berusaha sedaya upaya apabila melakukan sesuatu pekerjaan.
3. Kita hendaklah bertanggungjawab atas apa yang diberikan kepada kita.
TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU PMR
BAHAGIAN A.
1. PANDUAN MEMBUAT RINGKASAN BAHASA MELAYU PMR. ( 20 MARKAH )
Jumlah perkataan- 80 perkataan sahaja ( tulis di bahagian bawah sebelah kanan ).
Perenggan- 1 perenggan. Tiada pengenalan dan kesimpulan.
Jumlah isi- 5-6 isi sahaja.
Sintaksis- ringkas & padat.
Dilarang menyalin bulat-bulat ayat dalam teks soalan. Cara membina ayat sendiri ialah dengan
menukar dengan perkataan yang sama makna/ seerti.
Menambahkan penanda wacana di pangkal ayat.
Mesti ada 3 penanda wacana ( Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru, Dalam pada itu, Oleh hal yang demikian, Di samping itu, Namun demikian, Walau bagaimanapun).
Pengiraan perkataan berikut- SATU PATAH PERKATAAN SAHAJA.
Kata nama khas- nama orang, tempat, judul buku dll
Kata sendi- kepada, daripada, ke, dari.
Kata hubung- biarpun, sungguhpun, walaupun, dll.
Penanda wacana- Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru, dll
Kata ganda- murid-murid, kuih-muih, hormat-menghormati dll
Kata majmuk- beg tangan, kereta api, adat istiadat dll
Tarikh- 20 April 2007
Jangan buat pendahuluan dan penutup
Jangan masukkan contoh.
Jangan masukkan pendapat sendiri.
11. Sila semak kesalahan ejaan, tatabahasa dan tanda baca sebelum menghantar kertas
jawapan anda kepada pengawas peperiksaan.
12. Pemarkahan ringkasan.
Markah isi ( 10 markah )- 1 isi = 2 markah.
Bahasa ( 10 markah ).
- Bahasa amat baik dan cukup lancar.
- Pembinaan ayat berdasarkan kata yang tepat, ayat gramatis.
- Penanda wacana yang sesuai.
- Ejaan dan tanda baca yang betul.
13 . Kelemahan pelajar membuat ringkasan
- Bahasa kurang lancar.
- Ayat, ejaan dan tanda baca mempunyai kesalahan ketara.
- Memilih ayat dalam petikan atau disalin terus daripada petikan asal.
- Melebihi 80 patah perkataan.
- Isi kurang.
- Pelajar menyalin bulat-bulat teks.Jangan amalkan perbuatan ini. BAHAYA. Markah
anda akan ditolak sebanyak 50%.
14. Contoh soalan ringkasan
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan tulis suatu ringkasan tentang
usaha-usaha memupuk sifat penyayang dalam kalangan masyarakat.
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan tulis suatu ringkasan tentang
langkah-langkah berjimat cermat. ( PMR 2006 ).
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan tulis suatu ringkasan tentang
kesan-kesan buruk pencemaran alam sekitar.
Tulis sebuah ringkasan tentang faktor-faktor para pelajar kurang berminat
untuk mengunjungi perpustakaan di sekolah.
Tulis sebuah ringkasan tentang usaha-usaha untuk mencapai kegemilangan
sukan di negara kita.
2. Panduan menjawab soalan kefahaman ( 10 markah ).
Soalan 1. Maksud rangkai kata- berikan maksud berdasarkan dalam petikan soalan.Biasanya 2 patah perkataan sahaja. Jawapan pelajar mesti 2 patah perkataan juga. 2 markah )
Contoh jawapan :
Berikan maksud masa senggang?
Maksud masa senggang ialah waktu lapang . (2 markah).
Soalan 2. Soalan pemahaman berdasarkan petikan. Jawapan pelajar mesti berdasarkan petikan dan pelajar perlu mencari jawapan dalam petikan tersebut. Antara soalan ialah Nyatakan 2 kesan/cara/faktor/kaedah/ dll- pelajar mesti kemukakan 2 jawapan yang tepat. ( 4 markah )
Contoh soalan dan jawapan
Jelaskan pandangan sesetengah pihak yang kurang bersetuju tentang pemberian kerja rumah kepada murid-murid.
Pandangan sesetengah pihak yang kurang bersetuju tentang pemberian kerja rumah kepada murid-murid ialah kerja rumah dikatakan merompak masa anak-anak untuk berkembang dari segi jasmani.
Selain itu, kerja rumah dikatakan menyusahkan ibu bapa kerana mereka terpaksa menghabiskan banyak masa untuk membimbing anak-anak membuat kerja rumah.
Soalan 3. Soalan pemahaman yang memerlukan pelajar memberikan pendapat atau penjelasan berdasarkan pemahaman terhadap petikan. Jawapan jangan ditiru/diambil berdasarkan petikan. Contoh soalan ialah Berikan pendapat anda…….. 2 isi perlu dikemukakan. ( 4 markah ).
Contoh soalan dan jawapan
Pada pendapat anda, selain menyiapkan kerja rumah, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh murid untuk berjaya dalam pelajaran?
Pada pendapat saya, selain menyiapkan kerja rumah. Usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh murid untuk berjaya dalam pelajaran ialah memberi tumpuan semasa guru mengajar di dalam kelas.
Selain itu, murid harus mengikuti program motivasi dan teknik belajar dengan baik untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.
BAHAGIAN B ( Karangan Bahan Rangsangan ).
Jumlah perkataan- Tidak melebihi 120 patah perkataan . ( tulis di bahagian bawah sebelah kanan ).
Perenggan- 5 perenggan.
1 Perenggan- Pendahuluan.
3 Perenggan- Isi/huraian
1 Perenggan- Penutup.
Jumlah isi- 3 isi sahaja.
Sintaksis- ringkas & padat.
Mesti ada 3 penanda wacana atau lebih
( Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru dll ).
Pemarkahan – pemeriksaan keseluruhan dan markah karangan akan ditentukan
berdasarkan gred markah yang telah ditetapkan.
Kesalahan tatabahasa akan menyebabkan markah pelajar akan ditolak.
Ciri-ciri karangan yang cemerlang ( Peringkat Cemerlang iaitu 16- 20 markah ).
Ayat yang gramatis.
Kosa kata yang luas dan tepat.
Tiada kesalahan ejaan dan tanda baca.
Hanya kesalahan minimum pengunaan kata.
Isi menepati kehendak soalan
Huraian isi matang dan berkembang.
Pengolahannya yang menarik dan berkesan.
PEMBINAAN KARANGAN BAHAN RANGSANGAN
Cara membuat pendahuluan. ( 2&3 ayat sahaja ).
Hendaklah membincangkan tajuk bahan rangsangan yang diberikan.
Mesti menyentuh pernyataan tentang tajuk bahan rangsangan dan isu yang berkaitan dengan kehendak soalan.
b. Cara menulis isi karangan.
Setiap perenggan mesti ada ISI UTAMA + ISI SAMPINGAN + CONTOH.
Setiap perenggan mesti ada pertalian dengan menggunakan penanda wacana.
c. Cara penulisan penutup.
Buatlah rumusan berserta cadangan, pandangan, bagi keseluruhan isi yang terkandung dalam dalam tajuk bahan rangsangan.
BAHAGIAN C ( KARANGAN UMUM ) 40 MARKAH.
Jumlah perkataan- Melebihi 180 patah perkataan . ( tulis di bahagian bawah sebelah kanan ).
Perenggan- 5/6 perenggan.
1 Perenggan- Pendahuluan.
4 Perenggan- Isi/huraian/contoh/bukti- angka,pendapat tokoh,hasil kajian dll
1 Perenggan- Penutup.
Jumlah isi- 3 / 4 isi sahaja.
Sintaksis- ringkas & padat.
Mesti ada 3 penanda wacana atau lebih
( Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru, Di samping itu, dll ).
Pemarkahan – pemeriksaan keseluruhan dan markah karangan akan ditentukan
berdasarkan gred markah yang telah ditetapkan.
Kesalahan tatabahasa akan menyebabkan markah pelajar akan ditolak.
PEMBINAAN KARANGAN.
Contoh Soalan – Kejadian tanah runtuh yang berlaku di negara kita telah banyak mengorbankan nyawa manusia. Huraikan cara-cara untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh berulang.
i. Cara menulis pendahuluan.
Pastikan 1 perenggan sahaja.
Gambaran awal tentang karangan yang hendak ditulis.
Mecetuskan isu yang hendak dikemukakan dengan pernyataan yang merangsang pemikiran dan menarik perhatian pemeriksa.
Boleh selitkan pendapat tokoh ternama, bukti dan angka sesuatu peristiwa, persoalan berjawab dll.
Contoh pendahuluan-
Kejadian tanah runtuh yang berlaku di negara kita acap kali mendatangkan kerugian. Banyak nyawa yang terkorban dan harta benda musnah ditimpa tanah runtuh. Sikap suka menuding jari menyalahkan pihak lain adalah perkara biasa jika kejadian seumpama ini berlaku. Siapakah yang patut dipersalahkan dalam hal ini? Semua pihak harus memain peranan masing-masing dalam menanggani masalah ini. Hal ini menyebabkan pihak berkuasa digesa untuk mencari jalan yang sesuai bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh berulang.
ii. Cara menulis isi karangan.
- Setiap perenggan mesti ada ISI UTAMA + ISI SAMPINGAN + CONTOH.
- Setiap perenggan mesti ada pertalian dengan menggunakan penanda wacana.
- Pastikan tidak berlaku pengulangan isi.
- Formula ( Isi Utama + Mengapa / Bagaimana + Kesan/ Contoh )
Contoh Isi karangan
Selain itu, pembinaan rumah atau bangunan di kawasan lereng bukit perlulah dilarang. Hal ini demikian kerana tanah di kawasan tersebut mudah runtuh akibat hakisan tanah. Perkara ini membahayakan nyawa sesiapa saja yang tinggal di kawasan tersebut. Hal ini dapat dibuktikan dengan kejadian runtuhnya Highland Tower yang mengorbankan banyak nyawa. Yang terbaharu, kejadian di Bukit Antarabangsa tahun 2009 juga telah merosakkan banyak harta benda.
iii. Cara menulis penutup karangan
Buat satu rumusan atau kesimpulan yang anda huraikan.
Jangan ulangi fakta yang telah anda gunakan dalam perenggan isi.
Formula ( Rumusan utama + Bagaimana + Kesan )
Contoh- Kesimpulannya, ( RUMUSAN UTAMA ). kerjasama semua pihak diperlukan untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh . ( BAGAIMANA ). Masyarakat perlu memupuk kesedaran terhadap pentingnya pemuliharaan alam sekitar. ( KESAN )Usaha ini diharapkan dapat mencegah kejadian tanah runtuh daripada berulang lagi pada masa akan datang.
Soalan karangan yang popular.
Soalan berbentuk pengalaman seseorang- aktiviti di sekolah.
Surat Rasmi dan Tidak Rasmi.
Karangan Laporan.
Karangan Perbincangan/Pendapat.
Karangan Bertajuk Peribahasa.
Karangan Cereka/keperihalan.
Karangan Syarahan/perbahasan
Soalan yang ditanya merangkumi diri sendiri,keluarga,sekolah,masyarakat dan negara.
Perkara yang perlu diberi perhatian semasa menulis karangan
Adakah menjawab soalan?
Adakah isi/idea relevan atau tepat?
Adakah bahasa sesuai atau tidak?
Adakah pengolahan menarik atau tidak?
Topik yang perlu diketahui dan dikuasai
Kemasyarakatan
Pendidikan
Akhlak dan disiplin remaja
Sains dan teknologi
BAHAGIAN D ( KOMSAS ) 10 MARKAH.
Jumlah isi- 3 isi sahaja. 1 isi = 2 markah.
Perenggan- 3 perenggan.
Setiap isi wajib/mesti disertai dengan huraian atau contoh.
PENTING !!!!! Tanpa contoh tiada markah.
Permarkahan- Isi ( 6 markah )
- Bahasa ( 4 markah ).
5. Topik penting dalam Komsas
1. Huraikan tema yang terdapat dalam novel yang anda kaji ( 10 markah )
2. Jelaskan persoalan-persoalan yang terkandung dalam novel yang anda kaji
( 10 markah ).
3. Huraikan perwatakan watak utama dalam novel yang anda kaji. ( 10 markah ).
Bandingkan perwatakan watak utama dengan watak sampingan dengan memberikan
contoh yang sesuai. ( 10 markah ).
4. Huraikan mesej/amanat/pengajaran yang anda peroleh dalam novel yang anda kaji
( 10 markah ).
5. Nyatakan nilai-nilai kemanusiaan yang anda ketahui dan huraikan dengan memberi contoh yang sesuai ( 10 markah ).
Jelaskan citra masyarakat yang terkandung dalam novel yang anda kaji 9 10 markah ).
Huraikan citra wanita yang dapat dilihat dalam novel yang anda kaji ( 10 markah ).
Nyatakan gaya bahasa yang terdapat dalam novel yang anda kaji dan nyatakan contoh yang sesuai ( 10 markah )
Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan latar dan huraikan jenis latar yang anda ketahui ( 10 markah ).
Jelaskan teknik plot yang anda peroleh dalam novel yang anda kaji ( 10 markah ).
FORMULA MENJAWAB SOALAN KOMSAS
( BARNIAT YANGHORJIN )
BAR = SABAR
NI= BERANI
AT= TAAT
YANG= SAYANG
HOR= HORMAT
JIN= RAJIN.
Novel yang saya kaji ialah Novel Ekspedisi karya Mohd. Ghazali Tocheh. Persoalan-persoalan yang terdapat dalam novel ini antaranya persoalan kesabaran menghadapi cabaran hidup. Hal ini dapat dibuktikan melalui watak Hadi yang sabar menghadapi karenah bapanya Pak Salleh yang begitu membenci Cikgu Murad sehingga sanggup menuduh Cukgu Murad sebagai penjenayah.
Selain itu, Persoalan keberanian menghadapi pelbagai rintangan dan halangan hidup. Hal ini dapat dibuktikan pada watak Hadi yang amat berani menghadapi bahaya bermalam berhampiran sungai ketika mengikuti ekspedisi Gunung Itik dan ketika hampir bertembung dengan seekor harimau di dalam hutan.
Dalam pada itu, ketaatan kepada orang tua antara persoalan yang terdapat dalam novel ini. Hal ini dapat pada watak Hadi yang taat kepada orang tuanya Pak Salleh dan Mak Jamilah supaya belajar dengan bersungguh-sungguh..Begitu juga Hadi taat kepada arahan Pak Musa semasa berada di dalam hutan ketika mendaki Gunung Itik.
Persoalan hormat kepada guru dan orang yang lebih tua. Hal ini dapat dilihat pada watak Hadi yang menghormati gurunya iaitu Cikgu Murad dengan mematuhi nasihatnya.Hadi juga hormat akan ibu bapa Pak Salleh dan Mak Jamilah dengan tidak meninggikan suara semasa bercakap.
Persoalan kerajinan dalam menjalankan tugas. Hal ini dapat dibuktikan pada watak Hadi yang rajin membantu ibu bapa dengan membasuh pinggan selepas makan. Hadi juga rajin membuat kerja sekolah dan mengikuti aktiviti di sekolah.
FORMULA BIJAK KOMSAS BAHASA MELAYU
Jelaskan teknik plot yang anda peroleh dalam novel yang anda kaji ( 10 markah ).
KA= IMBAS MUKA
LI= IMBAS KEMBALI
MO= MONOLOG
LOG= DIALOG
PAGE 1
Nilai Kemanusiaan
Watak & Perwatakan
Citra Masyarakat
Citra Wanita
Latar Masyarakat
Persoalan Sampingan
Mesej & Pengajaran
BARNIAT
YANGHORJIN
YANG= sayang
HOR= hormat
JIN= rajin
BAR= sabar
NI= berani
AT= taat
KALI MOLOG
Imbas kembali
Imbas muka
KALI MOLOG
Dialog
Monolog
WARKAH KEPADA GENERASI
Rangkap 1
Penyajak menjelaskan bahawa generasi muda sebagai golongan yang beruntung kerana hidup pada zaman sekarang. Mereka hidup sebagai bangsa yang bermaruah di negara yang merdeka.
Rangkap 2
Penyajak mengingatkan generasi muda yang berilmu bahawa negara yang didiami oleh mereka sekarang merupakan hasil perjuangan nenek moyang mereka yang berusaha mendapatkan kemerdekaan negara.
Rangkap 3
Penyajak mengakhiri pesanannya agar kita semua tidak melupakan sejarah negara.
Sajak ini mengemukakan tema peringatan dan pesanan kepada golongan muda/generasi sekarang tentang sejarah kemerdekaan negara
Persoalan generasi muda yang bertuah kerana dapat hidup di sebuah negara yang merdeka.
Persoalan kemerdekaan negara merupakan hasil perjuangan dan pengorbanan nenek moyang kita.
Persoalan kepentingan sejarah kemerdekaan negara.
Metafora
tanah merdeka (Rangkap 1, baris 5)
istana merdeka (Rangkap 2, baris 5)
akar sejarah (Rangkap 3, baris 2)
Sinkope
ingin kuingatkan: jangan biarkan akar sejarah (Rangkap 3, baris 2)
Asonansi
dengan keberanian sebagai bangsa bermaruah. (Rangkap 1, baris 4)
pengulangan vokal ’a’
Aliterasi
tercabut dari bumi bertuah ini. (Rangkap 3, baris 3)
pengulangan konosonan ‘t’.
Sajak ini bernada patriotik
Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.
Rima akhir bebas.
Jumlah baris serangkap bebas
Contohnya : Rangkap 1-5 baris, Rangkap 2 – 5 baris dan Rangkap 3 – 3 baris).
Jumlah perkataan sebaris adalah antara dua hingga tujuh patah kata.
Jumlah suku kata sebaris adalah antara tujuh hingga enam belas suku kata.
Nilai kesyukuran
Penyajak mengajak generasi muda bersyukur dengan nikmat kemerdekaan negara.
Nilai pengorbanan
Nenek moyang kita sanggup berkorban demi mendapatkan kemerdekaan negara daripada penjajah.
Nilai cinta akan negara
Semangat cinta akan negara amat penting dalam diri seseorang agar kita sama-sama dapat berusaha untuk memajukan negara.
Kita hendaklah menghargai nikmat kemerdekaan negara agar kita tidak lupa untuk mempertahankannya.
Kita perlulah sanggup berjuang dan berkorban demi kemerdekaan negara.
Kita seharusnya sedar betapa pentingnya kemerdekaan kepada negara agar negara kita tidak lagi dijajah pada kemudian hari.
Kita janganlah lalai dengan nikmat dan kesenangan yang kita nikmati selama ini kerana kelalaian tersebut boleh menyebabkan kita kembali dijajah oleh musuh
Kemukakan maksud rangkap pertama sajak ’Warkah Kepada Generasi’.
Pada pendapat anda, mengapa generasi sekarang perlu mengenang jasa para pejuang kemerdekaan negara?
Jawaban:
Maksud rangkap pertama sajak ini ialah Penyajak menjelaskan bahawa generasi muda sebagai golongan yang beruntung kerana hidup pada zaman sekarang. Mereka hidup sebagai bangsa yang bermaruah di negara yang merdeka.
Pada pendapat saya, generasi sekarang perlu mengenang jasa pejuang kemerdekaan negara:
Supaya mereka menghargai kemerdekaan yang dimiliki sekarang
Mereka telah banyak berkorban untuk mempertahankan negara sehingga mencapai kemerdekaan.
Supaya generasi sekarang dapat mengerti nilai perjuangan
Dapat menanam semangat patriotik dalam diri generasi sekarang.
PAGE \* MERGEFORMAT 4
Maksud Sajak
Tema
Persoalan
Gaya Bahasa
Nada
Bentuk
Pengajaran
Nilai
Latihan

Sabtu, 19 Mei 2012
SINOPSIS NOVEL-WIRA PERSONA AVATARI
Wira Persona Avatari
(Ahmad Zaki Abu Bakar)
Sinopsis
Pasukan Zamrud II yang diketuai oleh Anas, dan dianggotai oleh adiknya Aina serta empat rakannya, iaitu Pauline, Anjali, Adeen, dan Zuriani menyertai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh yang berlangsung di Kompleks Anggun. Tujuan mereka menyertai pertandingan ini adalah untuk mengulangi kejayaan Pasukan Zamrud yang diketuai oleh ayah Anas, Profesor Fitri yang telah menjadi juara pertandingan Avatari sepuluh tahun dahulu. Sebelum pertandingan, mereka telah menjalani beberapa sesi latihan yang keras seperti latihan silat, latihan kecergasan, dan latihan menempuh halangan yang dijalankan oleh Cikgu Nisah.
Pertandingan Avatari ini ialah pertandingan kembara di ruang siber atau adventure game bagi makhluk janaan komputer yang dipanggil avatar. Pertandingan yang menggunakan rangkaian Internet ini dijalankan serentak di seluruh dunia. Terdapat empat peringkat yang perlu dilalui oleh setiap pasukan untuk menjuarai pertandingan yang menawarkan hadiah sebanyak satu juta Ringgit Malaysia ini. Untuk peringkat pertama, seratus pasukan terbaik akan layak ke peringkat kedua. Pada pusingan kedua pula, hanya dua puluh pasukan terbaik yang akan dipilih. Selepas disaring dalam pusingan ketiga, hanya lima pasukan terbaik yang akan meneruskan cabaran ke pusingan yang keempat, iaitu pusingan terakhir.
Pasukan Zamrud II telah berusaha dengan gigih dan berjuang bermati-matian untuk melepasi halangan dan cabaran yang terdapat dalam setiap pusingan. Di samping itu, mereka juga terpaksa menghadapi ancaman dari dalam pasukan sendiri kerana salah seorang ahli pasukan mereka, iaitu Anjali telah mensabotaj pasukan dengan mencuri cip pemecut mesin Avatari. Masalah menjadi rumit apabila Aina cedera parah akibat ditembak oleh penjahat ketika pasukan mereka bersiap sedia untuk ke pusingan akhir. Namun begitu, semua halangan dan masalah dapat diatasi oleh Pasukan Zamrud II, dan akhirnya pasukan mereka telah menjuarai pertandingan tersebut.
Tema
Kesungguhan dan semangat perjuangan yang tinggi untuk mencapai matlamat. Pasukan Zamrud II yang terdiri daripada Anas, Aina, Adeen, Pauline, Anjali, dan Zuriani berlatih bersungguh-sungguh sebagai persediaan menghadapi pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh. Semasa pertandingan mereka berjuang bermati-matian sehingga mereka berjaya menjuarai pertandingan tersebut.
Persoalan
1. Persoalan persiapan untuk menghadapi sesuatu pertandingan.
Anas dan ahli-ahli kumpulannya berlatih bersungguh-sungguh untuk menyertai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh yang berlangsung di Kompleks Anggun.
2. Persoalan kesabaran dalam menghadapi cabaran hidup.
Keluarga Anas masih sabar dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun ayahnya, Profesor Fitri masih hilang semasa mengikuti ekspedisi rahsia di Lautan Andaman.
3. Persoalan hubungan kekeluargaan yang erat.
Anas amat mengambil berat akan adiknya, Aina.
4. Persoalan sokongan moral ibu bapa untuk memastikan kejayaan anak.
Puan Maizan, Pak Cik Ho dan Mak Cik Angie sentiasa berada di tempat pertandingan
Avatari untuk memberikan sokongan moral kepada anak-anak mereka.
5. Persoalan golongan remaja yang suka menghabiskan masa dengan permainan video.
Anjali dan Sudin bermain permainan Robot War di Pusat Permainan Video Game Star yang
penuh sesak dengan pengunjung yang terdiri daripada golongan remaja.
6. Persoalan hubungan erat antara kaum.
Ahli-ahli Pasukan Zamrud II yang terdiri daripada Anas, Aina, Pauline, Anjali, Adeen, dan
Zuriani dapat bekerjasama tanpa mengira perbezaan kaum.
7. Persoalan perjuangan mempertahankan maruah agama
Anas dan ahli-ahli Pasukan Zamrud II menentang Pasukan Zion dari Rusia yang mahu membunuh Nabi Muhammad secara maya dalam pertandingan Avatari.
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Aina
• Adik kepada Anas
• Bertubuh kecil - berumur 12 tahun
• Salah seorang ahli Pasukan Zamrud II
• Pintar - digelar rakan sedarjah “si cili padi”
• Rajin beribadat – berpuasa sunat bulan Rejab
• Gigih – berusaha bersama abangnya untuk menubuhkan Pasukan Zamrud II
• Keras hati – tetap menyertai pertandingan Avatari walaupun dilarang oleh ibunya
Watak Sampingan
Anas
• Anak sulung kepada Profesor Muhammad Fitri Izzati dan Mazian
• Berumur 17 tahun
• Ketua Pasukan Zamrud II dalam pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh
• Penyayang – amat menyayangi adiknya, Aina
• Berani – sanggup membahayakan diri untuk menghalang pasukan lawan daripada
• memenangi pertandingan
• Bijak – bijak mengatur strategi sehingga dapat menjuarai pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh
Zuriani
• Gadis kacukan Melayu - Inggeris
• Sahabat karib Aina - berumur 12 tahun
• Peserta simpanan Pasukan Zamrud II
• Rendah diri – kurang keyakinan terhadap kemampuan diri ketika diminta menggantikan
• tempat Aina di peringkat akhir pertandingan
• Amanah – tidak memberitahu sesiapa tentang peristiwa kehilangan cip papan litar avatari setelah dipesan oleh Pak Cik Tan
4
Kumar
• Anak bongsu Pak Cik Kuppusamy, jutawan barang kemas
• Panas baran – lekas marah kerana Adeen lewat tiba di Pusat Permainan Video Games
• Star
• Angkuh – tidak mahu menyertai Pasukan Zamrud II kerana tidak yakin akan keupayaan
• komputer Avatari Pak Cik Ho
• Menginsafi kesilapan diri – berasa menyesal kerana telah memperkecil keupayaan Pasukan Zamrud II
Adeen
• Anak Profesor Zakri
• Berumur 18 tahun
• Pengendali komputer Avatari
• Pelajar jurusan kejuruteraan komputer di kolej khas, di Koridor raya Multimedia
• Sangat pintar – mempunyai I.Q yang tinggi/ penggodam komputer yang cekap
• Sabar – tidak bertindak terburu-buru dengan tindakan biadap Kumar
Pauline
• Anak tunggal Pak Cik Ho
• Berumur 17 tahun
• Salah seorang ahli Pasukan Zamrud II
• Menaruh hati terhadap Anas
• Manja dengan ayahnya, Pak Cik Ho
• Berani – sanggup menegakkan pendiriannya semasa bertengkar dengan Kumar
Anjali
• Adik kepada Muthu, iaitu seorang ketua kongsi gelap
• Anak yatim - tinggal dengan abangnya setelah ibunya meninggal dunia dan bapanya
meninggalkan mereka
• Kasar – dipengaruhi oleh didikan abangnya
• Pembelot – sanggup mengkhianati Pasukan Zamrud II setelah diarahkan berbuat demikian oleh abangnya
• Pandai bermain permainan video – mengalahkan Sudin dalam permainan Robot War
Plot
Tidak mengikut kronologi – Bab pertama (Poster Misteri) didahului dengan puncak (klimaks)
cerita.
Binaan Plot
Permulaan
Aina mengajak abangnya, Anas untuk mengambil bahagian dalam Pertandingan Avatari
Kebangsaan Kali Kesepuluh yang berlangsung di Kompleks Anggun. Mereka menubuhkan
Pasukan Zamrud II yang diketuai oleh Anas, dan dianggotai oleh adiknya Aina serta empat
rakan mereka, iaitu Pauline, Anjali, Adeen, dan Zuriani.
Perkembangan
Pasukan Zamrud II menjalani latihan sebagai persediaan untuk pertandingan. Berkat kegigihan
dan kerjasama berpasukan, mereka berjaya melepasi halangan dan cabaran dalam pusingan
pertama, pusingan kedua, dan pusingan ketiga. Anjali telah mensabotaj Pasukan Zamrud II
dengan mencuri cip pemecut mesin Avatari.
Puncak
Semasa Pasukan Zamrud II bersedia ke peringkat keempat, iaitu pusingan akhir pertandingan,
Aina cedera ditembak di bahu oleh penjahat yang cuba mencuri baju-baju khas pertandingan
Avatari di bilik persalinan. Aina dibawa ke hospital dan tempatnya digantikan oleh Zuriani.
Peleraian
Pasukan Zamrud II menjuarai menyertai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh dan
memenangi hadiah sebanyak hadiah sebanyak satu juta Ringgit Malaysia. Aina yang masih
dirawat di hospital mendapat berita gembira bahawa ayahnya, iaitu Profesor Muhammad Fitri
dan kumpulan penyelidik yang hilang di Lautan Andaman telah dijumpai.
Teknik Plot
1. Dialog
Contoh: “Kenapa Abang Adeen lambat?” tanya Aina lagi.
“Maaf, terlepas komuter tadi,” jawab Adeen.
2. Suspens
Contoh: Pak Cik Tan bersembunyi di dalam bilik persalinan untuk mengetahui orang yang mencuri cip pemecut mesin Avatari.
3. Kejutan
Contoh: Adeen ternampak dua orang lelaki yang mencurigakan di bilik persalinan.
4. Imbas kembali
Contoh: Anas teringat akan kata-kata ayahnya yang mahu Anas dan Aina menjadi juara pertandingan Avatari seperti yang pernah dicapai oleh ayahnya dan Pasukan Zamrud sepuluh tahun lalu.
5. Monolog
Contoh: “Tak sangka Aina pandai tulis sajak, walaupun perlu diperbaiki lagi,” kata Anas
sendirian.
Gaya Bahasa
Ñ Diksi
• Istilah Komputer
Contoh: browser, CPU, kayu ria, kamar bicara, papan litar
• Slanga
Contoh: amoi cantik, hei tambi
Ñ Peribahasa
Contoh: nasi sudah menjadi bubur;
kalau tidak ada rotan, akar pun berguna juga
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
macam enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
Ñ Pembinaan Ayat
• Bahasa mudah dan menarik
• Ada ayat pendek
Contoh: Samy semakin nekad
• Ada ayat panjang
Contoh: Pengalamannya sebagai banduan cukup mengajarnya supaya menghargai kebebasan
Ñ Personifikasi
Contoh: Petang semakin tua
Ñ Simile
Contoh: …seperti semut merah menghurung lipas mati
…seperti halilintar membelah bumi
Ñ Hiperbola
Contoh: …mata yang tajam
...berjalan di atas kepulan awan
Latar
Latar Masa
Ñ Zaman sekarang – golongan remaja bermain permainan komputer dan menggunakan
Internet
Ñ Zaman prasejarah – setiap pasukan dikehendaki ke zaman prasejarah secara maya dalam peringkat pertama pertandingan Avatari
Ñ _ Zaman Mesir kuno – pasukan yang layak ke peringkat kedua pertandingan Avatari
mengembara secara maya ke zaman Mesir kuno untuk mencari pelbagai objek harta
karun berdasarkan petunjuk yang akan diperoleh daripada teka silang kata yang
diselesaikan oleh peserta.
Ñ Zaman Kesultanan Melayu Melaka – Pasukan Zamrud II memilih untuk ke zaman Kesultanan Melayu Melaka secara maya untuk menghalang Portugis daripada menawan Melaka.
Latar Tempat
Ñ Kompleks Beli-belah Anggun – tempat pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh dilangsungkan
Ñ Rumah Profesor Fitri – tempat tinggal Anas dan Aina
Ñ Pusat Permainan Game Star – Anjali dan Sudin bertanding dalam permainan Robot War
Ñ Pangsapuri Pak Cik Ho – Anas dan Aina berkunjung ke pangsapuri Pak Cik Ho untuk berbincang tentang penubuhan Pasukan Zamrud II.
Ñ Kawasan bukit di Batu Layar – tempat Cikgu Pasukan Zamrud II menjalani latihan kembara
Latar Masyarakat
Ñ Masyarakat bandar yang celik komputer
Contoh: Anas dan Aina melayari Internet untuk mencari maklumat tentang pertandingan
Avatari
Ñ Masyarakat remaja yang meminati permainan komputer
Contoh: Pusat Permainan Video Game Star sentiasa sesak dengan pengunjung yang
terdiri daripada golongan remaja.
Ñ Masyarakat elit
Contoh: Anas, Aina, Pauline, Adeen, dan Kumar datang daripada keluarga elit kerana
ayah mereka merupakan jutawan, ahli perniagaan, dan profesor.
Ñ Masyarakat bandar yang miskin
Contoh: Anjali ialah anak yatim yang dibesarkan dalam keadaan yang amat daif lagi
mencabar.
Ñ Masyarakat yang gemar melakukan jenayah
Contoh: Abang Anjali, iaitu Muthu merupakan ketua samseng yang diarahkan untuk
menimbulkan huru-hara di Pusat Permainan Video Game Star.
NILAI
1. Nilai bertanggungjawab
Anas berasa bertanggungjawab mengambil alih peranan sebagai orang lelaki di rumah selepas ayahnya hilang semasa menjalankan ekspedisi misteri di Laut Andaman.
2. Nilai kasih sayang
Anas sangat menyayangi adiknya, Aina.
3. Nilai keberanian
Anas membahayakan dirinya dalam usaha untuk memastikan kejayaan Pasukan Zamrud II dalam pertandingan Avatari.
4. Nilai kesabaran
Adeen sabar dengan karenah Kumar yang angkuh.
5. Nilai keinsafan
Kumar menyesal kerana telah memperkecil keupayaan Pasukan Zamrud II.
6. Nilai kegigihan
Pasukan Zamrud II yang diketuai oleh Anas gigih berlatih sehingga menjuarai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh.
Pengajaran
1. Kita hendaklah berani berjuang untuk mencapai matlamat
Contoh: Anas membahayakan dirinya untuk memastikan Pasukan Zamrud II menjuarai
Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh.
2. Kita perlulah mengetepikan kepentingan diri sekiranya ingin mencapai kejayaan dalam pasukan
Contoh: Cikgu Nisah menasihati Pauline supaya mengubah sikapnya yang cemburu terhadap Anjali.
3. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai matlamat
Contoh: Ahli kumpulan Pasukan Zamrud II gigih berlatih sehingga menjuarai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh.
4. Kita haruslah sanggup berjuang untuk mempertahankan agama
Contoh: Anas sanggup menentang Pasukan Zion dari Rusia yang mahu membunuh Nabi Muhammad semasa peringkat akhir pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh dengan dibantu oleh ahli Pasukan.
5. Kita tidak harus mengkhianati kepercayaan orang terhadap kita
Contoh: Anjali mensabotaj Pasukan Zamrud II sehingga pasukan itu hampir-hampir tewas dalam pertandingan Avatari.
6. Kita mesti bekerjasama dan mengamalkan semangat berpasukan untuk menjamin
kejayaan sesuatu pasukan dalam pertandingan
Contoh: Semua ahli Pasukan Zamrud II mempunyai semangat berpasukan yang tinggi sehingga berjaya menjuarai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh.

Langgan:
Catatan (Atom)